Salam,
Sekali lagi Sekretariat Rayuan Ramadhan dan Qurban Aqiqah menemui anda semua. Semoga Ramadhan yang baru berlalu memberi impak psotif dalam hidup kita kearah menjadi hambaNya yang lebih bersyukur.
Seperti tahun tahun lepas juga, Program Qurban Aqiqah untuk mereka yang lebih memerlukan terus dianjurkan. Kali ini anjuran bersama IKRAM, JIM dan KIMB sama seperti Rayuan Ramadhan yg lepas. InsyaAllah brosur dan detail makluman akan siap minggu depan untuk diedarkan. Jadi marilah kita sama sama bantu mewarwarkan program ini kepada orang orang terdekat dengan kita, ahli keluarga, sahabat handai. Layari, www.ramadhan-qurban.org
Sasaran kita tahun ini ialah untuk mencapai qurban aqiqah dengan jumlah RM1 juta , tahun lepas kita mendapat penyertaan sebanyak RM600k lebih. Diharap dengan kekuatan gandingan dibawah IKRAM ini kita akan dapat mencapai sasaran insyaAllah.
Sebagai makluman, setelah ditutup akaun Rayuan Ramadhan, kita telah mencapai melebihi sasaran buat pertama kalinya. Allahu Akbar walilla hil hamd. Kita bersyukur terhadap kurniaan Allah yg memungkin kan ini semua.
TUAN YAACOB TUAN SOF
PENGARAH PROGRAM RAYUAN RAMADHAN 1432H
Kutipan Rayuan Ramadhan 1432H
Isnin, 19 September 2011 / 21 Syawal 1432H.
PENYERTAAN BIL
JUMLAH PENYERTAAN 1,532
BILANGAN IFTAR RAMADHAN 952
BILANGAN SEDEKAH FAKIR MISKIN 681
BILANGAN ZAKAT 231
BILANGAN FIDYAH 68
SUMBANGAN RM
IFTAR RAMADHAN 211,686.41
SEDEKAH FAKIR MISKIN 164,282.30
ZAKAT 97,695.70
FIDYAH 34,752.50
KESELURUHAN RM
RAYUAN-RAMADHAN 508,416.91
STATISTIK
JUMLAH PENERIMA SUMBANGAN
SASARAN
100,000 orang
PENCAPAIAN
101,684 orang
JUMLAH (RM) SUMBANGAN
SASARAN
500,000.00
PENCAPAIAN
508,416.91
PERATUS (%)
% PENCAPAIAN
101.64%
Assalamu’alaikum wbt
Pelaksana : Madrasah Al-Nur HCM City, Vietnam
Lokasi :
Jumlah Tempat : 22 Masjid 10 buah surau
Jumlah Iftar ditaja : 17,000 orang
Assalamualikumwarahmatullahi wabarakatuh
Pray this email finds you in the best of health and strong Imaan.
Attached here are some pictures of iftar and food distribution programs. The iftar program was held in Jamia Tafheemul Quran Mardan. Iftar was given to 100 female and 50 male participants/students of Daura Tafseer AlQuran.
The food packages were distributed in village Chargully, District Mardan, KPK, Pakistan to the orphans, widows and extremely poor people.
May Allah accept this Infaaq from you. Ameen
Wassalam
Ubaid ur Rehman
Poject Manager
Aug 11
28
Assalamualaikum.
Saudara dan saudari yang dirahmati Allah sekalian.
Semoga berada di bawah lembayung rahmat Ilahi.
Kami dari pihak Jawatankuasa Pelaksana Rayuan Ramadhan 1432H ingin mengucapkan Selamat Menyambut Eidul Fitri kepada semua umat Islam.

Aug 11
26
Assalamualaikum.
Saudara dan saudari yang dikasihi sekalian.
Aug 11
24

Kutipan terkini Rayuan Ramadhan 1432H
Rabu, 24hb Ogos 2011 / 24 Ramadhan 1432H.
BIL PENYERTAAN
JUMLAH PENYERTAAN 1,153
BILANGAN IFTAR RAMADHAN 939
BILANGAN SEDEKAH FAKIR MISKIN 331
BILANGAN ZAKAT 216
BILANGAN FIDYAH 62
SUMBANGAN
IFTAR RAMADHAN RM 209,632.41
SEDEKAH FAKIR MISKIN RM 87,873.00
ZAKAT RM68,427.70
FIDYAH RM 32,302.50
KESELURUHAN 398,235.61
STATISTIK PENCAPAIAN
JUMLAH PENERIMA SUMBANGAN 79,647 orang
JUMLAH (RM) SUMBANGAN 398,235.61
PERATUS (%)
% PENCAPAIAN
TELAH DICAPAI
79.65%
BELUM DICAPAI
20.35%
PENGAGIHAN YANG TELAH DIBUAT
IFTAR RAMADHAN RM 213,550.00
SEDEKAH FAKIR MISKIN RM 40,250.00
ZAKAT RM 20,000.00
FIDYAH RM 28,152.50
NEGARA PENERIMA
VIETNAM
MYANMAR
KEMBOJA
LUBNAN
SUDAN
AFGHANISTAN
PAKISTAN
BANGLADESH
IRAQ
MALAYSIA
MINDANAO
SELATAN THAILAND
SRI LANKA
INDONESIA
MALDIVES
PALESTIN (AQSA 2 GAZA 2)
SOMALIA
Assalamualaikum wbt.
Sukacita dimaklumkan bahawa Pengarah Rayuan Ramadhan Haji Tuan Yaacob Tuan Sof akan ke udara di Radio 24.
Butiran adalah seperti berikut :
Program : Ala Carte Pagi
(Sebuah program bicarawara santai yang lebih menekankan format informatif dengan menampilkan tetamu dan topik dari pelbagai sektor yang bersifat cerita pesona (human interest), peranan agensi-agensi kerajaan dan badan-badan tertentu, kemudahan untuk masyarakat dan lapangan penting lain yang kritikal untuk pengetahuan awam)
Tarikh : 19 Ogos 2011 (Jumaat)
Masa : 8.30 pagi – 9.00 pagi
Layari : http://www.radio24.com.my/ atau di frekuensi FM 93.9 MHz (seluruh Lembah Klang)
Dengar-dengarkan radio 24 “berita pantas.. info berterusan“.
Muat turun di sini : http://www.4shared.com/document/1bw7Kvjo/kenyataan_media_RR_agihan_fasa.html
Aug 11
13
Assalamualaikum.
Saudara dan saudari yang dirahmati Allah sekalian,
InsyaAllah, Jawatankuasa Pelaksana Rayuan Ramadhan 1432H akan mengadakan satu sidang media pengagihan sumbangan Rayuan Ramadhan 1432H pada;
Tarikh : 18 Ogos 2011 (Khamis)
Masa : 11.00 pagi
Tempat : Bilik Islah, Kompleks Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM)
Objektif : Mengeluarkan kenyataan media berkenaan pengagihan sumbangan iftar dan sedekah program Rayuan Ramadhan 1432H.
Anjuran : Pertubuhan IKRAM Malaysia, Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) dan Koperasi Islah Malaysia Berhad (KIMB)
Disertakan aturcara majlis;
PENGAGIHAN SUMBANGAN RAYUAN RAMADHAN 1432H (2011)
Bilik Islah, Kompleks JIM
18 Ogos 2011 bersamaan 18 Ramadhan 1432H
Ayuh saudara dan saudari, zahirkan kasih dan prihatin anda kepada umat Islam di luar sana dalam bersama mengimarahkan lagi sidang media ini.
Mari kita bersama memanfaatkan media dengan sebaik mungkin dalam mengembangkan kerja-kerja Islah dan dakwah.
Mohon doakan majlis berjalan lancar.
Jazakumullahu khairan katheera di atas perhatian yang diberikan.
Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak & selamat berpuasa kepada semua umat Islam.
Sekian, wassalam.