Jul
21
Hebatnya ganjaran sedekah di bulan Ramadhan
Sedekah adalah termasuk amalan yang sangat mulia kerana ia menggambarkan wujudnya ibadah yang prihatin dalam hubungan antara sesama manusia (‘hablun minan naas’) dan dengan sedekah itulah kita dapat membantu sesama kita yang memerlukan serta dalam keadaan serba kekurangan.
Dalam beberapa riwayat hadis Nabi saw menyebutkan bahwa kita boleh juga bersedekah tanpa menggunakan material seperti berzikir, berdakwah, mendamaikan perbalahan, berkata yang baik, membuang duri dijalanan, memikul bebanan orang lain, memberi nasihat kepada orang yang memerlukan dan yang paling mudah, tersenyum.

Seorang peserta tajaan berbuka puasa di Afghanistan – Mangsa Gempa Afghan
Kedatangan bulan Ramadhan setiap tahun adalah penghibur hati bagi orang mukmin. Ini kerana kelebihan dan keutamaan yang ditawarkan di dalam bulan yang mulia ini. Antara keistimewaan Ramadhan ialah pahala amal dilipatganda manakala keampunan Allah bertebaran memenuhi setiap ruang dan waktu.
Seseorang yang menyedari kurangnya bekalan yang dimiliki untuk menghadapi hari penghitungan kelak tidak akan terkecuali untuk berasa gembira bagi menyambut Ramadhan. Begitu juga insan yang menyedari betapa banyak dosa yang melumuri dirinya, tidak ada lain kecuali merasa bahagia akan kedatangan bulan Ramadhan. Implikasinya kita lihat ramai yang berpusu-pusu melaksanakan ibadah terutama di waktu malam bersolat tarawikh.
bersambung …
Dipetik dari penulisan;
Wan Ahmad Sanadi
Shah Alam












Banner Rayuan Ramadhan 1432H
Facebook Rayuan Ramadhan
Poster Rayuan Ramadhan 1432H
YouTube Rayuan Ramadhan


